GOPENG: Perak bakal menjadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara selepas kejayaan projek perintis di Kampung Kuala Bikam, Sungkai yang mengeluarkan hasil 3.3 tan metrik.
Bawang merah kecil BAW-1 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dijenamakan semula sebagai Bawang Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program pembangunan tanaman bawang yang bermula awal tahun 2024 melibatkan skala pra komersial hingga tahun 2025 dan skala komersial akan mula dilaksanakan pada tahun 2026 hingga 2030.
Menurutnya, Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk memperluaskan kawasan projek tanaman bawang seluas lapan hektar melibatkan daerah Batang Padang dan Kinta.
“Hari ini, kita menyaksikan simbolik penyerahan hasil bawang merah kecil tempatan yang dituai pada 3 dan 17 April lalu oleh Jabatan Pertanian kepada FAMA untuk menguruskan fasa pemasaran ke peringkat pengguna.
“Memandangkan projek rintis penanaman bawang kecil ini bermula di Perak, kerajaan negeri berhasrat untuk menjenamakan bawang merah kecil ini sebagai Bawang Perak (BP) bagi membezakan dengan bawang-bawang import lain yang berada di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.
Beliau berkata Bawang Perak sejumlah 3.3 tan metrik itu akan mula memasuki pasaran pertengahan bulan ini dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 sekilogram, setanding dengan harga bawang import.
Bagaimanapun, menurutnya, Bawang Perak mempunyai kelebihan tersendiri seperti dari segi kesegaran, kerangupan, warna isinya yang lebih merah dan aroma yang kuat.
Katanya, kerajaan negeri sangat menyokong usaha itu dan berharap melalui skala pra komersial yang diusahakan mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import bawang menjelang tahun 2030.
Saarani juga yakin, harga Bawang Perak boleh dikurangkan lagi apabila ia diusahakan secara komersial dan besar-besaran.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 09 2024
Saarani (empat, kiri) hadir pada majlis penyerahan Bawang Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di hari ini. - Foto Astro AWANI
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara
Lebih 3.3 tan metrik bawang merah kecil BAW-1 yang bakal dijenamakan sebagai Bawang Perak akan dipasarkan ke seluruh outlet FAMA, esok.